KISAH SEORANG LAKI-LAKI BADUI – DT AQIQAH Bandung

KISAH SEORANG LAKI-LAKI BADUI

Syadad Ibnu’l-Hadi pernah berkata: “Dahulu ada seorang laki-laki Badui datang menghadap Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam lalu menyatakan bahawa dia beriman dan mengikuti Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam. Kemudian ia berkata:

“Saya ingin hijrah bersama-sama dengan Rasulullah”

 

Maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam menasihatkan kepada beberapa orang sahabat, supaya memelihara orang itu. Kemudian tibalah sa’atnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam berangkat ke Perang Khaibar. Di sana beliau berhasil menang dan memperoleh banyak harta rampasan perang. Beliau lalu membagi harta itu. Beliau sendiri, dan orang Badui itu sama turut dapat bahagian. Lalu orang Badui itu berkata:

 

“Bukanlah untuk memperoleh harta ini aku mengikuti Rasulullah! Aku mengikuti Rasulullah kerana ingin kena lempar di sini dengan ini (sambil menunjuk ke lehemya dan ke anak panah) , agar supaya aku mati dan lalu masuk syurga.”

Mendengar kata-katanya itu, Rasulullah  Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

 “Jika anda berkata benar, kerana Allah, tentu Allah akan membenarkan kata-katamu itu.”

 

Kemudian mereka tegak kembali, untuk melanjutkan pertempuran. Akhirnya orang itu dibawa ke hadapan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam dalam keadaan ia sudah syahid. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam lalu bertanya:

 “Benarkah dia..?

 Para sahabat menjawab:

“Ya benar!”

 Akhirnya Rasulullah bersabda:

 “Dia benar-benar berjuang kerana Allah, maka Allah membenarkan kata-kata yang telah diucapkannya”

 

Wahai para da’ie! Inilah dia jalan ke syurga! Perjuangan yang terus- menerus, pekerjaan yang tak kunjung selesai! Semuanya disertai keinginan untuk termasuk golongan syuhada’! 

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

 “Dan mereka yang bejuang untuk menegakkan agama Kami, tentu akan Kami tunjuki ke jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah selalu bersama-sama dengan orang- orang yang berbuat baik.”

(Surah Al-’Ankabut: Ayat 69)

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *